PPD Beluran terima durian runtuh RM1 juta

PPD Beluran terima durian runtuh RM1 juta

Beluran: Pejabat Pendidikan daerah (PPD) Beluran bagaikan mendapat durian runtuh apabila diberikan kelulusan peruntukan tambahan sebanyak RM1 juta, hari ini.

Penambahan dana tambahan berkenaan adalah bagi memenuhi beberapa lagi keperluan mendesak sekolah-sekolah di daerah berkenaan

Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, PPD Beluran sebelum ini sudah menerima peruntukan sebanyak RM960,000.

“Penambahan itu dibuat selepas berbincang dengan Ahli Parlimen Beluran berhubung keadaan sekolah di sini yang mempunyai isu mendesak dan perlu diselesaikan segera.

“Ia bagi membolehkan anak-anak kita mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang lebih kondusif dan selesa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena sambutan hari guru peringkat PPD Beluran, hari ini.

Mohd Radzi berkata, menerusi penyaluran dana tambahan berkenaan, pihaknya berharap ia sedikit sebanyak mampu menyelesaikan masalah-masalah berkaitan sekolah dan pendidikan di daerah berkenaan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|