11 pintu rumah pekerja musnah terbakar

11 pintu rumah pekerja musnah terbakar

Sook: Dua blok yang menempatkan 11 pintu rumah pekerja di Jalan Kalabakan-Nabawan, di sini, terbakar, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, struktur jenis tidak kekal yang berkeluasan 292 meter persegi berkenaan musnah sepenuhnya.

Pasukan bomba memadam kebakaran rumah pekerja di Jalan Kalabakan-Nabawan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.55 pagi.

Katanya, seramai enam pegawai dan anggota bersama sebuah jentera FRT dan FRV terus dikerah ke lokasi kejadian.

Dua blok yang menempatkan 11 pintu rumah pekerja di Jalan Kalabakan – Nabawan, terbakar.

“Kebakaran turut membabitkan dua motosikal jenis Modenas Dinamik yang musnah sepenuhnya namun tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

“Pasukan operasi terus bertindak memadam api menggunakan satu aliran Salur Bantu Mula dari Jentera FRT untuk mengawal api kebakaran,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, api berjaya dikawal pada jam 9 pagi sebelum dipadamkan sepenuhnya 20 minit selepas itu.

Katanya, pasukan operasi kemudiannya menjalankan pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain sebelum operasi ditamatkan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|