Status tanah antara kekangan sekolah daif di Sabah

Status tanah antara kekangan sekolah daif di Sabah

Beluran: Kementerian Pendidikan Malaysia mengesahkan Sabah dan Sarawak adalah antara dua negeri yang tertinggi merekodkan tanah sekolah yang perlu diputihkan.

Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, ia bermaksud, kebanyakan tapak tanah sekolah di dua negeri berkenaan perlu diletakkan dibawah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.

Katanya, pihaknya kini sedang giat menjalankan usaha berkenaan kerana ia berkait rapat dengan usaha mengurangkan sekolah daif.

“Keadaan itu berlaku di seluruh negara, tetapi Sabah dan Sarawak adalah yang tertinggi berdepan isu berkenaan.

“Oleh itu, usahakan pemutihan ini dilaksanakan dengan lebih cepat dan teratur,” katanya pada sidang media sempena sambutan hari guru peringkat PPD Beluran, di sini, hari ini.

Mohd Radzi berkata, pihaknya berdepan beberapa kekangan untuk membuat penyelenggaraan dan baik pulih bangunan daif di sekolah susulan isu berkenaan.

Katanya, ia antara lain meliputi faktor status tanah, logistik dan pengurusan kontraktor sehingga merencatkan usaha penyelenggaraan, meskipun peruntukan pembangunan sudah tersedia.

“Daripada lebih 10,000 sekolah di seluruh negara, sebenarnya masih ada sekolah yang tanahnya bukan milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP).

“Sebaliknya, ada yang hak milik individu, diwakaf tanpa dokumen lengkap dan milik majlis tempatan, justeru itu kita perlu membuat pemutihan tanah,”
Katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|