Polis nafi ada kes cubaan culik di Telupid

Polis nafi ada kes cubaan culik di Telupid

Beluran: Tiada sebarang cubaan culik membabitkan kanak-kanak di Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Telupid, di sini, seperti ditularkan menerusi satu rakaman suara dalam aplikasi WhatsApp, sejak 28 September lalu.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan kasim Muda berkata, pihaknya mengesan rakaman suara itu namun setakat ini tidak ada menerima sebarang laporan berkaitan kejadian berkenaan.

Katanya, semakan sudah dibuat dengan pihak sekolah dan mendapati perkara itu tidak berlaku.

“Pihak sekolah sendiri telah memanggil murid yang dimaksudkan dan membuat semakan lokasi mendapati tiada perkara berkenaan berlaku.

“Semakan polis mendapati, pemilik suara yang tular merupakan ibu kepada murid yang tanpa usul periksa membuat pesanan di dalam ‘group WhatsApp’ keluarga namun tular tanpa disedari,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Sehubungan itu, Kasim berkata, polis menasihatkan orang ramai berhati-hati sebelum berkongsi atau memuat naik sebarang berita yang tidak sahih.

“Orang ramai dinasihatkan berhati-hati sebelum berkongsi sebarang berita yang tidak sahih yang boleh menimbulkan kegusaran dalam masyarakat,” jelasnya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|