Pokok tumbang hempap tiga kenderaan

Pokok tumbang hempap tiga kenderaan

Tuaran: Tiga kenderaan rosak selepas dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Kampung Dungang, di sini, pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 6.43 pagi.

Pasukan bomba memotong dahan pokok tumbang di di Kampung Dungang, Tuaran.

Katanya, sepasukan sembilan anggota termasuk pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati pokok tumbang menghempap tiga kenderaan iaitu Proton Iswara, Perodua Bezza dan Alza.

“Pasukan bomba bersama anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menjalankan operasi memotong dan mengalihkan pokok berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Jelasnya, kejadian terbabit bagaimanapun tidak melibatkan sebarang mangsa.

“Selepas memastikan tiada lagi bahaya, operasi ditamatkan pada 7.20 pagi,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|