PDRM siap siaga hadapi PRU-15 – Ketua Polis Negara

PDRM siap siaga hadapi PRU-15 – Ketua Polis Negara

Batu Uban: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa membuat persediaan rapi dalam memastikan kelancaran proses Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), sekiranya Parlimen dibubarkan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani mengakui perkara itu (PRU-15) sedang hangat diperkatakan ketika ini termasuk spekulasi pembubaran Parlimen dalam masa terdekat ini.

“Seperti tahun-tahun terdahulu, PDRM sentiada membuat persediaan rapi termasuk penggunaan sumber manusia (anggota) dan aset yang dimiliki.

“Ini bagi memastikan proses PRU-15 berjalan lancar,” katanya ketika menghadiri Sambutan Peringatan Hari Polis Marin Ke-75 di Markas Pasukan Polis Marin Wilayah Satu, hari ini.

Menurut Acryl, pihaknya berharap persiapan yang diaturkan akan memudahkan perjalanan PRU-15 selain dapat dilaksanakan dengan aman.

“Insya-Allah mudah-mudahan PRU-15 dapat dilaksanakan dengan terkawal.

“PDRM sentiasa bersedia berkhidmat selaras dengan motto pasukan,” katanya.

Terdahulu, media sebelum ini melaporkan kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, memaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Seri Ismail Sabri Yaakob akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran kepada Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Ahmad Maslan berkata, ia berdasarkan ketetapan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO iaitu pembubaran Parlimen hendaklah diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan tahun ini juga.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|