PERKESO sedia pelbagai insentif kepada golongan bekerja sendiri

PERKESO sedia pelbagai insentif kepada golongan bekerja sendiri

Sandakan: Golongan bekerja sendiri di Sabah digesa supaya memanfaatkan kemudahan perlindungan pekerjaan yang disediakan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi membolehkan mereka menikmati pelbagai insentif yang disediakan.

Timbalan Pengarah PERKESO Sabah, Salwati Abdul Karim, berkata antaranya ketika ini kerajaan menanggung 80 peratus caruman di bawah sembilan kategori golongan bekerja sendiri iaitu usahanita, penjaja, artis, ejen pelancongan, petani, petugas pemulihan komuniti dan nelayan.

Katanya, insentif itu dijangka memanfaatkan lebih 810,000 pekerja sendiri.

Sehubungan itu, beliau menyarankan kepada orang ramai yang bekerja sendiri supaya mendaftar dengan PERKESO bagi menikmati insentif yang disediakan kerajaan melalui Belanjawan 2022 itu.

“Saya merayu kepada orang yang bekerja sendiri seperti peniaga-peniaga supaya berdaftar dengan PERKESO sebab sekarang ini kerajaan melalui PERKESO menyediakan beberapa insentif bajet 2022 yang mana pencarum di bawah Skim Pekerjaan Sendiri bole mendapat manfaat.

“Antaranya boleh dapat ‘free’ bayaran caruman, tidak perlu dibayar..kerajaan yang bayar dan yang kedua cuma 20 peratus sahaja mereka bayar manakala selebihnya kerajaan bayar,” katanya selepas merasmikan Program SPS Bersama Pencarum, di sini.

Salwati berkata, golongan bekerja sendiri yang tidak mencarum dengan PERKESO akan mengalami kerugian kerana tidak mendapat apa-apa faedah jika berlaku kemalangan l.

Justeru, katanya kerajaan melalui PERKESO meminta mereka yang bekerja sendiri supaya tampil untuk mencarum supaya mendapat perlindungan jika berlaku kemalangan ke atas diri mereka.

Antara yang layak mencarum, katanya termasuk pekerja Foodpanda, pemandu Grab dan teksi, penjaja, peniaga, petani dan penternak, selain mereka yang bekerja dalam sektor pelancongan seperti pengusaha ‘homestay’.

“Masih terdapat ramai lagi pencarum di bawah skim pekerjaan sendiri ini yang tidak tahu apa faedah yang disediakan dibawah SPS ini, so dengan program yang diadakan pada pagi ini saya percaya ramai yang akan dapat maklumat berkaitan faedah-faedah yang disediakan dibawah SPS,” katanya.

Salwati berkata, Program SPS Bersama Pencarum adalah yang pertama kali diadakan selepas pandemik Covid-19 yang manasebelum dibuat melalui Webinar atau secara dalam talian.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|