Kutipan sumbangan kilat dilancarkan bantu mangsa kebakaran Kampung Contoh

Kutipan sumbangan kilat dilancarkan bantu mangsa kebakaran Kampung Contoh

Putatan: Kutipan sumbangan kilat untuk mangsa yang terjejas akibat kebakaran di Kampung Contoh, Petagas, di sini, dilancarkan hari ini.

Kutipan derma dilakukan oleh jemaah Masjid As-Salam Kampung Contoh yang boleh disalurkan terus di masjid berkenaan atau melalui akaun masjid iaitu 11-0139518-1 (Bank Rakyat).

Menurut Setiausaha Masjid As-Salam Kampung Contoh, Rosmin Karno, kutipan derma itu bagi membantu keluarga yang terjejas akibat kebakaran yang berlaku malam tadi.

“Kami difahamkan sebanyak 14 rumah yang terbakar dan ketika ini mereka memerlukan wang ringgit untuk keperluan semasa.

“Jadi kutipan dimulakan hari ini di mana orang ramai boleh menyalurkan terus ke masjid di Kampung Contoh dan juga melalui perkongsian nombor akaun yang kami sertakan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai dialu-alukan untuk mengurangkan beban keluarga yang terjejas akibat kebakaran itu.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|