Pengamal media antara penerima pingat negeri

Pengamal media antara penerima pingat negeri

Kota Kinabalu: Beberapa pengamal media turut tersenarai menerima pingat sempena sambutan Harijadi Rasmi Ke-69, Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, esok.

Antaranya Mohd Ruzaini Zulkepli, Suzianah Jiffar dan Mohd Azrone Sarabatin, masing-masing sebelum ini pernah menulis dalam akhbar nasional dan tempatan, menerima pingat Ahli Darjah Kinabalu (ADK).

Turut tersenarai, Abdul Naddin Shaidin yang menerima Bintang Setia Kinabalu (BSK). Beliau sebelum ini bertugas sebagai wartawan media tempatan.

Beberapa nama yang dekat dengan media di Sabah juga tersenarai termasuk dari jabatan kerajaan negeri dan persekutuan seperti Jabatan Penerangan dan Jabatan Ketua Menteri turut tersenarai menerima darjah kebesaran dan pingat negeri pada tahun ini.

Tidak ketinggalan beberapa Setiausaha Akhbar Menteri turut menerima pingat.

Pada tahun ini seramai 1,407 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat negeri Sabah tersenarai sempena sambutan Harijadi Rasmi Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Ia masing-masing lima penerima darjah kebesaran tertinggi Sabah, Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima dan 81 Pingat Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK), iaitu darjah kebesaran kedua tertinggi Sabah yang membawa gelaran Datuk.

Selebihnya, seramai 131 orang menerima pingat Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK), 246 menerima Ahli Darjah Kinabalu (ADK), 319 menerima Bintang Setia Kinabalu (BSK), 393 menerima Bintang Kinabalu (BK), sembilan orang penerima Jaksa Pendamai (JP) dan 222 menerima Pingat Perkhidmatan Terpuji (PPT).

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|