Empat rumah musnah terbakar

Empat rumah musnah terbakar

Semporna: Empat rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Pekan 2, berhampiran SK Pekan 2, di sini, petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.23 petang tadi.

Keadaan rumah yang musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Kampung Pekan 2 berhampiran SK Pekan 2, Semporna. Pix Ihsan Bomba

Katanya, seramai 12 pegawai dan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna dibantu BBP Atas Air segera dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pasukan bomba bertindak mengawal dan memadam kebakaran menggunakan satu aliran, dua pancutan dengan sumber air dari tangki jentera dan pili bomba berhampiran.

“Kebakaran membabitkan empat rumah jenis tidak kekal terbakar sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, operasi terkawal pada jam 4.46 petang dan operasi tamat pada 5.23 petang.

“Tiada mangsa yang terlibat, semua penghuni berjaya menyelamatkan diri.

“Setakat ini, punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|