Menafikan sahaja tidak cukup, sertakan bukti – Maximus

Menafikan sahaja tidak cukup, sertakan bukti – Maximus

Kota Marudu: Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili mahu Parti Warisan (WARISAN) menunjukkan bukti untuk membebaskan mereka daripada stigma pendatang tanpa izin (PTI).

“Menafikan sahaja tidak mencukupi. Mereka harus membuktikan kepada kita bahawa mereka tidak mendapat sokongan PTI,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Maximus berkata demikian sebagai balasan kepada kenyataan Presiden WARISAN, Datuk Seri Shafie Apdal baru-baru ini yang ingin menyaman beliau kerana memfitnah susulan kenyataan yang mengaitkan WARISAN sebagai mesra PTI.

“Secara jujur, saya hanya mengulangi apa yang ditulis dalam blog dan dibangkitkan oleh orang ramai, yang sentiasa mempersoalkan kesahihan dan status beberapa ahli Parti Warisan. Mereka bertanya sama ada ahli ini adalah orang asli Sabah.

“Saya percaya, pada ketika ini, Parti Warisan mempunyai tugas untuk membuktikan bahawa kita salah … menafikan sahaja tidak mencukupi, ia mesti disertai dengan bukti,” katanya lagi.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|