Harga telur naik tidak jejaskan harga martabak jawa

Harga telur naik tidak jejaskan harga martabak jawa

Membakut: Kenaikan harga telur ayam tidak menjejaskan peniaga martabak jawa yang berniaga di bazar Ramadan tahun ini.

Tinjauan Deasoka.com di bazar Ramadan Membakut mendapati, harga bagi sekeping martabak sayur ialah RM3 manakala martabak ayam dan daging RM4.

Surainah ketika berniaga menjual martanak jawa di bazar Ramadan Membakut.

Peniaga, Surianah Abdul Ghani, 33, mengakui memang agak terkesan dengan harga barang terutama telur ayam dan tepung.

“Untuk kuih martabak kami tidak juga naikkan harga, kekal sejak dulu RM3 sekeping dan untuk ayam dan daging juga kekal RM4.

“Memang ada kenaikan harga telur ayam dan tepung tetapi setakat ini tidak terlalu menjejaskan perniagaan kami,” katanya ketika ditemui di gerai jualannya di bazar di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Surainah berkata, bagi beberapa jenis kuih lain dikurangkan kuantiti namun harga dikekalkan.

“Contohnya kuih piang dan donat kalau dulu dijual RM2 untuk lima biji tetapi sekarang kami jual harga yang sama tetapi untuk empat biji,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai sambutan pelanggan di bazar Ramadan selepas dibuka semula tahun ini, Surainah berkata, kuih-muih yang dijualnya tetap mendapat sambutan orang ramai.

“Terutama martabak jawa memang digemari orang ramai sejak dulu lagi.

“Lagi pun ini resepi tradisi turun temurun keluarga lagi menyebabkan kuih ini sering mendapat sambutan daripada pelanggan,” katanya yang sudah berniaga 10 tahun lalu.

Terdahulu, tinjauan mendapati pengunjung dan peniaga yang berada ke bazar masing-masing patuh pada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Selepas pandemik Covid-19 melanda sejak dua tahun lalu, kerajaan pada tahun ini membenarkan pembukaan semula bazar sempena Ramadan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|