Fairuz Renddan angkat sumpah jawatan Pembantu Menteri

Fairuz Renddan angkat sumpah jawatan Pembantu Menteri

Kota Kinabalu: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pintasan, Datuk Fairuz Renddan yang dilantik sebagai Pembantu Menteri Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan mengangkat sumpah jawatan di Istana Seri Kinabalu, hari ini.

Beliau menerima watikah pelantikan dan melafazkan ikrar jawatan di hadapan Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Fairuz menerima watikah pelantikan sebagai Pembantu Menteri Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan daripada Tun Juhar di Istana Seri Kinabalu, Kota Kinabalu.

Turut hadir menyaksikan istiadat itu ialah Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor; Speaker DUN, Datuk Seri Kadzim M Yahya; Menteri Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong; Peguam Besar Negeri, Datuk Nor Asiah Mohd Yusof dan Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Yang Arif Datuk Ismail Brahim.

Sebelum dilantik sebagai Pembantu Menteri, Fairuz menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Negeri.

– Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|