Covid-19 Sabah: Kes di Sabah naik lagi

Covid-19 Sabah: Kes di Sabah naik lagi

Kota Kinabalu: Kes harian Covid-19 di Sabah terus meningkat dengan 280 kes lagi direkodkan pada hari ini, naik sebanyak 22 kes berbanding 258 kes semalam.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata sebanyak 11 daerah mencatat kes dua angka dengan tiga daripadanya melebihi 40 kes iaitu Kota Belud dan Kota Kinabalu, masing-masing 41 kes serta Tuaran (40 kes).

“Sebanyak 13 daerah merekodkan kes satu angka dan hanya tiga daerah tidak mencatat sebarang kes baharu hari ini,” katanya dalam kenyataan, petang ini.

Beliau berkata, Kota Belud dan Tuaran menunjukkan peningkatan kes yang agak ketara, masing-masing dengan pertambahan 22 kes dan 18 kes berbanding semalam.

Katanya, daerah Penampang pula mencatat penurunan yang agak besar iaitu berkurang 36 kes berbanding semalam kepada hanya 13 kes hari ini.

“Sebanyak 276 daripada 280 kes pada hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2. Tiada kes dalam Kategori 3, manakala dua kes dalam Kategori 4 dan satu kes dalam Kategori 5,” katanya.

Statistik Covid-19 Sabah mengikut daerah:

Covid Update 5 Januari 2022
Sabah 280 (258)

Kota Belud 41 (19)
Kota Kinabalu 41 (32)
Tuaran 40 (22)
Keningau 18 (11)
Putatan 18 (13)
Kuala Penyu 13 (12)
Penampang 13 (49)
Ranau 11 (6)
Sandakan 11 (7)
Kota Marudu 11 (19)
Tambunan 10 (12)
Papar 9 (7)
Beaufort 9 (7)
Tenom 7 (14)
Sipitang 6 (5)
Telupid 4 (0)
Lahad Datu 4 (5)
Tawau 4 (5)
Beluran 3 (3)
Kinabatangan 2 (2)
Pitas 2 (0)
Kunak 1 (0)
Tongod 1 (3)
Kudat 1 (4)
Semporna 0 (0)
Nabawan 0 (1)
Kalabakan 0 (0)

Angka dalam kurungan adalah jumlah kes 4 Januari 2022

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|