Lelaki mengamuk guna batang besi angkara dadah

Lelaki mengamuk guna batang besi angkara dadah

Kota Kinabalu: Seorang lelaki ditahan polis selepas mengamuk menggunakan batang besi di rumahnya di Kampung Gerowot, Kuala Penyu, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, polis menerima maklumat mengenai seorang lelaki berusia 41 tahun mengamuk daripada anaknya jam 12.45 tengah malam.


Suspek di bawah pengaruh dadah mengamuk menggunakan batang besi. Pix Ihsan PDRM

Katanya, bertindak atas laporan itu, sepasukan polis dari Bala Polis Kuala Penyu bergegas ke lokasi kejadian.

“Anggota polis yang tiba di lokasi kejadian mendapati seorang lelaki sedang mengamuk menggunakan batang besi di halaman rumahnya.

“Polis kemudian bertindak menahan suspek sebelum dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Yusoff Zaki berkata, pemeriksaan mendapati suspek tidak dapat mengawal diri kerana dipercayai di bawah pengaruh dadah.

“Ujian air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis syabu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|