Kerajaan Sabah hargai sumbangan Hazani

Kerajaan Sabah hargai sumbangan Hazani

Kota Kinabalu: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor hari ini menyatakan penghargaan dan terima kasih kerajaan negeri atas sumbangan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali yang menamatkan tugas di Sabah hari ini.

“Kerajaan negeri menghargai jasa dan pengorbanan pasukan keselamatan, terutamanya polis dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman awam di Sabah lebih-lebih lagi dalam mendepani ancaman pandemik Covid-19,” katanya.

Hajiji sebelum itu menerima kunjungan hormat Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah yang turut disertai Hazani dan Pesuruhjaya Polis Sabah yang baharu, Datuk Idris Abdullah di pejabat Ketua Menteri di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), di sini.

Idris sebelum ini adalah Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan, Perjawatan) Bahagian Perkhidmatan / Perjawatan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|