Isu vaksinasi, berita palsu buat rakyat berbelah bagi: Shahelmey

Isu vaksinasi, berita palsu buat rakyat berbelah bagi: Shahelmey

Kota Kinabalu: Penyebaran berita palsu tentang pemberian vaksin antara punca orang ramai berbelah bagi untuk tampil menerima vaksin.

Menteri Pembangunan Maysrakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Ir. Shahelmey Yahya berkata ianya memberi kesan kepada proses pemberian vaksin negeri ini terutamanya kepada mereka yang bukan warganegara.

Menurutnya, prosedur standart operasi (SOP) di PPV-PPV yang sedia ada akan terus dipantau agar proses pemberian vaksin akan dapat dijalankan dengan lebih efisien dan selamat.

“Orang dewasa yang berumur 18 tahun ke atas yang belum menerima vaksin Covid-19 tidak perlu risau untuk hadir ke PPV-PPV berdekatan bagi mendapatkan vaksin kerana kita mempunyai petugas barisan hadapan yang bertugas mengamalkan SOP dan tidak ada tangkapan akan dibuat kepada bukan warganegara yang hadir untuk mendapatkan vaksin sebagaimana yang digembar-gemburkan di berita media sosial yang bertujuan untuk menakutkan mereka yang layak mendapatkan vaksin”,

“Tujuan kita adalah untuk memberi vaksin kepada semua orang yang layak agar kita dapat mencapai imuniti kelompok” katanya dalam kenyataanya hari ini.

Shahelmey juga menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan berita-berita palsu tentang Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di negara kita.

“Ia akan mendatangkan kebimbangan kepada orang awam dan mengganggu proses PICK di negeri ini. Budayakanlah sikap masyarakat yang prihatin dan bertanggungjawab” tegasnya

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|