Dua mangsa bot karam masih dicari

Dua mangsa bot karam masih dicari

Tenom: Kanak-kanak dan lelaki berusia 12 dan 50 tahun yang hilang selepas bot dinaiki karam di Sungai Padas, berhampiran Kampung Kalandos Pangi, di sini, semalam, masih belum ditemui.

Setakat ini, operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat dijalankan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Tenom.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tenom, Mohd Zainal Sinsian berkata, operasi SAR dimulakan pada jam 8.07 pagi tadi di sekitar kawasan kejadian.

Katanya, ia dijalankan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Setakat ini, kedua-dua mangsa yang masih hilang sudah dikenalpasti sebagai Joseph Sayah, 55, dan Melvin Junaidi, 12 tahun.

“Mangsa kanak-kanak terbabit adalah cucu kepada lelaki yang terselamat dalam kejadian, semalam,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Zainal berkata, usaha mencari akan diteruskan dan sebarang maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Dalam kejadian jam 4 petang, semalam, kedua-dua mangsa hilang menaiki bot bersama dua lagi mangsa terselamat di Sungai Padas, di sini, selepas memberi barangan keperluan di pekan Tenom.

Bot yang dinaiki dikatakan tiba-tiba terbalik disebabkan arus deras ketika cuba menyeberangi sungai berkenaan.

Dua mangsa iaitu seorang lelaki warga emas lelaki dan seorang wanita berjaya menyelamatkan diri manakala dua lagi mangsa hanyut sebelum hilang di bawa arus deras.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|