Covid-19 Sabah: Kluster baharu babitkan pekerja kapal dikesan di KK

Covid-19 Sabah: Kluster baharu babitkan pekerja kapal dikesan di KK

Kota Kinabalu: Satu kluster baharu Covid-19 berkaitan jangkitan di tempat kerja dilaporkan di Kota Kinabalu membabitkan sebanyak 22 kes dikesan sehingga hari ini.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata Kluster Bahtera Kinabalu itu membabitkan kakitangan kapal MV Orbit Petra, iaitu sebuah kapal luar pesisir.

“Ia berpunca daripada seorang anak kapal yang menjadi kes indeks yang disahkan positif sebelum ini.

“Saringan seterusnya dalam kalangan rakan sekerja mendapati 21 lagi anak kapal didapati positif dan kini sedang diberikan rawatan sewajarnya,” katanya dalam kenyataan petang ini.

Beliau berkata jumlah itu termasuk 12 kes baharu yang dilaporkan berkaitan dengan kluster berkenaan pada hari ini.

Sementara itu, Masidi berkata Sabah mencatat angka baharu Covid-19 yang lebih rendah hari ini dengan 127 kes, turun 41 kes berbanding semalam.

“Cuma lima daerah mencatat kes dua angka iaitu Kota Kinabalu (31 kes), Tuaran (22 kes), Penampang (12 kes), Ranau (10 kes) dan Tawau (10 kes).

“Sebanyak 13 daerah pula mencatat kes satu angka sahaja, manakala sembilan daerah tidak mencatat sebarang kes baharu hari ini,” katanya.

Beliau berkata, seramai 124 orang daripada 127 pesakit baharu hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2, manakala tiada kes dalam Kategori 3 dan 5, serta dua kes dalam Kategori 4.

Statistik Covid-19 Sabah mengikut daerah:

Covid Update 25 Disember 2021
Sabah 127 (168)

Kota Kinabalu 31 (41)
Tuaran 22 (30)
Penampang 12 (14)
Ranau 10 (7)
Tawau 10 (1)
Putatan 8 (2)
Kota Belud 8 (10)
Papar 6 (12)
Kuala Penyu 4 (9)
Semporna 3 (1)
Beluran 2 (8)
Sandakan 2 (3)
Kota Marudu 2 (0)
Tenom 2 (4)
Kudat 2 (2)
Tambunan 1 (4)
Nabawan 1 (0)
Beaufort 1 (5)
Telupid 0 (0)
Lahad Datu 0 (1)
Kinabatangan 0 (1)
Kunak 0 (0)
Sipitang 0 (0)
Keningau 0 (5)
Pitas 0 (0)
Tongod 0 (8)
Kalabakan 0 (0)

Angka dalam kurungan adalah jumlah kes 24 Disember 2021

Kluster Baharu
Kluster Bahtera Kinabalu
Kota Kinabalu, 22 (+12)
Kluster Tempat Kerja

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|