Covid-19 Sabah: Kes turun semula hari ini

Covid-19 Sabah: Kes turun semula hari ini

Kota Kinabalu: Selepas mencatat kenaikan mendadak semalam, kes positif Covid-19 di Sabah menunjukkan penurunan agak besar sebanyak 109 kes kepada 513 kes hari ini.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata hari ini turut menyaksikan empat daerah yang menjadi penyumbang tinggi kes di Sabah setiap hari mencatat penurunan ketara.

Katanya, daerah terbabit iaitu Kota Kinabalu, Ranau, Tuaran dan Kota Belud masing-masing mencatat penurunan 37 kes, 14 kes, 31 kes dan 10 kes.

Bagaimanapun, katanya keempat-empat daerah terbabit kekal sebagai penyumbang tertinggi kes harian di Sabah dengan Kota Kinabalu merekodkan 72 kes, diikuti Ranau (51), Tuaran (48) dan Kota Belud (46).

“Satu kluster baharu iaitu Kluster Sawit Biru di Kinabatangan turut dilaporkan hari ini. Ia adalah kluster tempat kerja yang membabitkan kes indeks seorang pekerja pembersihan. Setakat ini seramai 14 orang disahkan positif Covid-19,” katanya.

Sementara itu, Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, berkata secara keseluruhan sebanyak 14 daerah merekodkan penurunan kes, manakala lapan daerah mencatat peningkatan kes.

Katanya, lima daerah pula mencatat jumlah kes yang sama seperti semalam, manakala tiada kes baharu dilaporkan di Kunak, Tongod dan Kalabakan.

“Secara keseluruhan kes sporadik masih tinggi dengan seramai 191 orang atau 37.2 peratus daripada 513 pesakit yang dilaporkan hari ini.

“Seramai 500 orang daripada 513 pesakit adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, iaitu tidak bergejala atau sekadar bergejala ringan.

“Pesakit dalam Kategori 3, Kategori 4 dan Kategori 5 pula masing-masing mencatat hanya dua kes hari ini,” katanya.

Statistik Covid-19 Sabah mengikut daerah:

Covid Update 25 November 2021
Sabah 513 (622)
Malaysia 6,144 (5,755)

Kota Kinabalu 72 (109)
Ranau 51 (65)
Tuaran 48 (79)
Kota Belud 46 (56)
Papar 38 (21)
Penampang 35 (35)
Kota Marudu 32 (20)
Beaufort 26 (35)
Kinabatangan 25 (39)
Keningau 19 (11)
Putatan 18 (12)
Kuala Penyu 17 (16)
Sipitang 15 (15)
Tawau 13 (4)
Kudat 13 (26)
Tenom 12 (22)
Tambunan 11 (14)
Beluran 6 (6)
Lahad Datu 5 (11)
Nabawan 3 (1)
Pitas 3 (12)
Telupid 2 (5)
Sandakan 2 (4)
Semporna 1 (1)
Kunak 0 (0)
Tongod 0 (7)
Kalabakan 0 (0)

Angka dalam kurungan adalah jumlah kes pada 24 November 2021

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|