Covid-19 Sabah: Kes terendah dalam tempoh tujuh bulan hari ini

Covid-19 Sabah: Kes terendah dalam tempoh tujuh bulan hari ini

Kota Kinabalu: Sabah mencatat kes Covid-19 yang terendah dalam tempoh tujuh bulan dengan 108 kes baharu dilaporkan hari ini.

Kali terakhir catatan yang hampir menyamai jumlah itu ialah pada 18 Mei lalu sebelum kes Covid-19 mula meningkat secara mendadak hingga mencapai empat angka pada Julai hingga September lalu.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata penurunan kes Covid-19 di Sabah yang dicatat sejak kebelakangan ini menunjukkan situasi pandemik berkenaan semakin stabil.

“Hari ini jumlah kes baharu ialah 108 kes, 19 kes lebih rendah berbanding 127 kes yang direkodkan semalam,” katanya dalam kenyataan, petang ini.

Dalam pada itu, Masidi berkata daerah Ranau ‘menjuarai’ catatan kes hari ini dengan 26 kes berbanding hanya 10 kes semalam.

Selain Ranau, katanya tiga lagi daerah mencatat kes dua angka hari ini iaitu Tuaran (16 kes), Kota Kinabalu (14 kes) dan Penampang (10 kes).

“Semua daerah lain hanya mencatat kes baharu satu angka dengan sembilan daerah tanpa sebarang kes baharu.

“Sebanyak 104 daripada 108 kes hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2, dua kes dalam Kategori 3 dan masing-masing satu kes dalam Kategori 4 dan Kategori 5.

“Berdasarkan kepada jumlah kes harian pada 25 Disember, jangkaan kadar kebolehjangkitan atau Rt bagi seluruh negara ialah 0.88 dan bagi Sabah 0.81.

“Kadar Rt yang lebih rendah adalah penanda aras kedudukan jangkitan yang semakin berkurangan dan terkawal,” katanya.

Statistik Covid-19 Sabah mengikut daerah:

Covid-19 Update 26 Disember 2021
Sabah 108 (127)

Ranau 26 (10)
Tuaran 16 (22)
Kota Kinabalu 14 (31)
Penampang 10 (12)
Keningau 7 (0)
Tawau 6 (10)
Kota Belud 6 (8)
Putatan 5 (8)
Kuala Penyu 4 (4)
Kota Marudu 3 (2)
Tambunan 2 (1)
Papar 2 (6)
Beaufort 2 (1)
Telupid 1 (0)
Lahad Datu 1 (0)
Sipitang 1 (0)
Tenom 1 (2)
Kudat 1 (2)
Semporna 0 (3)
Beluran 0 (2)
Sandakan 0 (2)
Kinabatangan 0 (0)
Kunak 0 (0)
Nabawan 0 (1)
Pitas 0 (0)
Tongod 0 (0)
Kalabakan 0 (0)

Angka dalam kurungan adalah jumlah kes 25 Disember 2021

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|