150 murid dan pelajar gunting rambut percuma di Kampung Gudon

150 murid dan pelajar gunting rambut percuma di Kampung Gudon

Kota Kinabalu: Seramai 150 kanak-kanak di Kampung Gudon, Manggatal, di sini menyertai Program Back To School: Gunting Rambut Percuma yang diadakan di Dewan Mini Kampung Gudon, pagi tadi.

Program anjuran UMNO Cawangan Kampung Gudon itu adalah antara inisiatif yang diambil bagi membantu kanak-kanak di kampung berkenaan menyiapkan diri untuk kembali ke sekolah bulan depan.

Program gunting rambut percuma anjuran UMNO dan JPKK Kampung Gudon.

Ketua Cawangannya, Ahmad Razak, berkata ia secara tidak langsung dapat membantu meringankan beban keluarga dalam golongan B40 membuat persiapan persekolahan anak-anak.

“Di samping itu, program ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim di antara penduduk kampung.

Murid dan pelajar yang mengikuti program gunting rambut percuma.

“Pada masa sama, ia juga dapat memberi perangsang kepada anak-anak agar lebih bersemangat ke sokolah pada seisi 2022,” katanya.

Program dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Gudon itu terbuka kepada murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah di sekitar kampung berkenaan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|