LAHAD DATU: Seorang bapa durjana dijatuhi hukuman penjara keseluruhan 165 tahun dan 10 sebatan bagi setiap pertuduhan oleh Mahkamah Lahad Datu hari ini selepas mengaku bersalah atas 11 pertuduhan merogol dua anak kandung perempuannya sejak tahun 2016 hingga 2026.
Mengikut fakta kes kedua-dua mangsa masing-masing berusia 25 tahun dan 22 tahun ketika ini seringkali dipaksa melakukan hubungan seks dengan ugutan dipukul sekiranya menolak mangsa pertama dirogol sejak umur 15 tahun manakala adiknya dirogol sejak umur 18 tahun.
Tertuduh membuat pengakuan bersalah terhadap semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Suhailla Selag.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun bagi setiap pertuduhan serta 10 sebatan bagi setiap pertuduhan.
Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara tersebut dijalankan secara berasingan, menjadikan jumlah keseluruhan hukuman penjara 165 tahun.
Berdasarkan fakta kes, tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap dua anak kandungnya dalam tempoh kira-kira 10 tahun, bermula pada tahun 2016 sehingga 2026.
Kes tersebut disiasat oleh Pegawai Penyiasat, Inspektor Malati Labpak dan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Shahril Haja Mohaideen.
Mahkamah memutuskan hukuman berat itu sebagai pengajaran serta mengambil kira keseriusan jenayah yang dilakukan tertuduh terhadap mangsa yang juga anak kandungnya sendiri serta pengajaran kepada masyarakat di luar.
