Sabah catat penurunan tunggakan permohonan tanah: Hajiji

Sabah catat penurunan tunggakan permohonan tanah: Hajiji

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah mencatatkan penurunan tunggakan permohonan tanah sebanyak 91 peratus setakat 31 Mac tahun ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pendigitalan dan pelaksanaan program PANTAS telahpun membantu mengurangkan tunggakan permohonan tanah berjumlah 313,543 pada 31 Disember 2011 kepada jumlah 28,044 permohonan tanah sahaja yang masih dalam proses sehingga 31 Mac 2025 di seluruh negeri.

“Ia iaitu penurunan tunggakan sebanyak 91 peratus. Pada ketika ini, terdapat beberapa isu-isu utama yang menyebabkan kelewatan memproses permohonan tanah yang perlu ditangani secara fizikal seperti, pertikaian tanah dan juga pertindihan kawasan yang dipohon.

“Di samping itu, pendaftaran permohonan tanah baharu pada setiap tahun juga menyumbang kepada bebanan kerja memproses permohonan tanah,” katanya.

Hajiji berkata demikian ketika menjawab soalan daripada ADUN Bugaya berhubung
isu tentang permohonan tanah yang tertunggak dari tahun 1963  hingga 2025 dalam pengulungan perbahasan Sidang DUN Sabah, hari ini.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|