KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Lokman Effendi Ramli @ Zakaria di kediaman rasmi Ketua Menteri-Sri Gaya pada Jumaat.
Ini merupakan kunjungan pertama beliau kepada Hajiji selepas dilantik ke jawatan itu pada 23 Disember 2024.
Rombongan Lokman disertai oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Mahather Smoh, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Muhamad Ghazali Mamat@Mansor, Pengarah Bahagian Operasi, Jimmy Anak Jupiter Sambau,
Pengarah Bahagian Pembangunan Pasukan, Md Shah Rizal Zainal dan Pengarah Rela Negeri, Darman Dabang.
Sementara itu, Hajiji turut menerima kunjungan hormat daripada Penganjur Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa ke 10 yang diketuai oleh Tan Sri TC Goh.
TC Goh yang juga Presiden Persekutuan Persatuan Cina Sabah (FCAS) menjemput Hajiji ke majlis itu dan memaklumkan perlumbaan itu yang akan diadakan pada 17 dan 18 Mei di Teluk Likas, dijangka disertai oleh lebih 140 pasukan.
Deasoka