Hajiji terima kunjungan Timbalan Menteri Luar Republik Indonesia

Hajiji terima kunjungan Timbalan Menteri Luar Republik Indonesia

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Menteri Luar Negeri Republik Indonesia,Tuan Yang Terutama Arif Havas Oegroseno di pejabatnya di Menara Kinabalu pada Rabu.

Beliau dalam rangka lawatan kerja selama tiga hari ke Malaysia mulai semalam, dengan dua hari di Sabah diikuti sehari di Kuala Lumpur. Kedua-dua pihak berbincang mengenai pelbagai isu, khususnya mengenai kesepakatan keselamatan perbatasan, selain isu ekonomi yang melibatkan kerjasama perdagangan diantara Sabah dan Indonesia.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong, Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Datuk Ag.Shahminan Ag.Sahari, Director Jeneral Hukum dan Perjanjian Internasional, Yang Mulia L.Amrih Jinangkung, Konsul Jeneral Republik Indonesia, Rafail Walangitan, Konsul Indonesia di Tawau, Aris Heru Utomo, Pengarah Pejabat Wilayah Sabah Kementerian Luar Negeri (KLN), Mohd Sahafeez Shaharis dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Maritim KLN, Dr.Mohd Norhisyam Mohd Yusof.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|