KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman menyempurnakan Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Tahun 2025, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke 16 di Bangunan DUN Sabah pada Khamis.
Majlis itu turut dihadiri oleh Toh Puan Farida Tussin, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Juliah Salag, Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Kadzim M.Yahya dan tetamu lain.
Terdahulu Musa menerima tabik hormat dan memeriksa barisan kehormatan di Dataran DUN.
Selepas istiadat perasmian, Musa dan Hajiji kemudiannya menghadiri Majlis Jamuan Aidilfitri DUN Sabah di Dewan Bankuasi DUN Sabah.
Deasoka