KOTA KINABALU: Suhu politik di Sabah kian memuncak selepas BN dan PH mengambil kesepakatan di peringkat pusat untuk bergabung menghadapi pilihan raya di negeri ini.
Selepas berbulan lamanya spekulasi berkenaan gabungan terbesar di Kerajaan Perpaduan itu, BN dan PH menoktahkan tanda tanya dengan pengumuman muktamad kerjasama berkenaan hari ini.
Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan bersama Setiausaha Agung PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, pada Jumaat.
Menurut kenyataan tersebut, Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, mencapai kesepakatan itu dalam mesyuarat kepimpinan tertinggi pada Khamis.
“Bentuk kerjasama termasuk soal pengagihan kerusi dan perundingan dengan mana-mana parti lain akan diperincikan bersama antara kepimpinan PH dengan BN Negeri Sabah.
“Segala keputusan akan dimuktamadkan kepimpinan tertinggi PH dan BN pada peringkat kebangsaan,” menurut kenyataan itu.
Pengumuman itu kemudiannya disambut dengan kenyataan Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang melihat ianya secara jelas bakal menentukan kestabilan politik di negeri ini sambil mendedahkan kesepakatan perpaduan politik peringkat negeri dan nasional.
Manakala bagi pihak PH Sabah, dalam kenyataan bersama hari ini turut menyambut baik pengumuman pusat berhubung gabungan tersebut diterjemahkan di peringkat negeri.
Deasoka