Kerjasama BN-PH demi ruang lebih luas di Sabah: Salleh

Kerjasama BN-PH demi ruang lebih luas di Sabah: Salleh

KOTA KINABALU: Pengarah Pilihan Raya BN Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak menganggap pengumuman pihak pusat mematrikan gabungan BN dan PH Sabah menghadapi PRN negeri demi kestabilan politik di Sabah.


Dalam pautan Facebooknya hari ini, beliau yang juga Bendahari BN Sabah itu berkata, dengan pengumuman itu, ianya juga dijangka membuka ruang rundingan yang lebih inklusif bersama parti-parti tempatan.


“Kerjasama ini perlu disandarkan kepada keikhlasan, calon yang berwibawa dan dasar yang membela rakyat.
“Sabah perlukan kestabilan. Semua pihak perlu bersatu demi masa depan negeri, ” katanya.


Sementara itu, dalam satu kenyataan bersama BN-PH di ibu negara, kedua-dua gabungan terbesar kerajaan Perpaduan itu bersetuju untuk bekerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.


Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan bersama Setiausaha Agung PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.


Menurut kenyataan tersebut, Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, mencapai kesepakatan itu dalam mesyuarat kepimpinan tertinggi pada Khamis lalu.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|