Warga Sweden ditemukan mati di kapal layar

Warga Sweden ditemukan mati di kapal layar

LABUAN: Lelaki warga Sweden ditemui mati dalam kapal layarnya yang berlabuh di perairan Labuan, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintenden Mohd Hamizi Halim berkata, mangsa seorang lelaki berusia 55 tahun itu ditemukan oleh orang awam kira-kira jam 7.16 malam Khamis.

“Sebaik menerima maklumat mangsa dan kapal layarnya telah dibawa ke jeti Marinar Awam.  

“Hasil siasatan polis, kita mendapati lelaki itu ditemukan meninggal dunia di dalam kapal layar tersebut, “katanya.

Hamizi berkata, mayat lelaki telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Labuan untuk bedah siasat.

Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian terbabit untuk tampil membantu siasatan.

Deasoka  

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|