UWSS Kasigui beri manfaat penduduk Putatan: Shahelmey

UWSS Kasigui beri manfaat penduduk Putatan: Shahelmey

PUTATAN: Penduduk di sekitar daerah Putatan bakal menerima impak positif susulan penambahan lima juta liter air menerusi pembinaan Urgent Water Supply Scheme (UWSS) Kasigui, Penampang yang dilancar hari ini.

Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, penambahan berkenaan dijangka memberi manfaat kepada sekurang-kurangnya 25,000 penduduk di kawasan Putatan.

Beliau yang juga Menteri Kerja Raya Sabah itu berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah UWSS Kasigui di Penampang, dekat sini, pada Jumaat.

“UWSS Kasigui ini dijangka akan siap pada April tahun hadapan.

“Selain majlis pecah tanah ini, saya turut menyaksikan majlis tandatangan MoU diantara Jetama Sdn Bhd dan ABNT Global Sdn Bhd tentang pembekalan 10 mesin rawatan air yang akan dibekalkan ke 10 kawasan terpencil di Sabah.

“Mesin ini merupakan satu inisiaitif yang baik sekali kerana ia menyediakan satu solusi yang pantas untuk kawasan terpencil mendapat air minuman terawat yang dapat dibekalkan,” katanya.

Terdahulu, Shahelmey pada masa sama memaklumkan peruntukan RM320 juta yang diluluskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi tujuan penyelesaian jangka pendek isu masalah bekalan air di Sabah dijangka akan diperoleh pada Julai depan.

Jelas beliau, peruntukan itu memang sudah ditetapkan namun terdapat keperluan pengurusan daripada beberapa kementerian.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|