Isu tuntutan 40%, kenyataan rasmi Ketua Menteri henti spekulasi: PERSANTUN

Isu tuntutan 40%, kenyataan rasmi Ketua Menteri henti spekulasi: PERSANTUN

KOTA KINABALU: Penegasan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berhubung kenyataan rasmi bahawasanya Kerajaan Negeri sama sekali berganjak pendirian terhadap Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan diharap dapat menutup mulut pengkritik.

Presiden Kebajikan Santun Kasih Sabah (PERSANTUN), Datuk Najib Tay Abdullah berkata, peristiwa yang digembar-gemburkan di Mahkamah Kota Kinabalu, semalam telah diambil kesempatan oleh pihak tertentu untuk mengajak rakyat Sabah berfikiran serong mengenai isu 40 peratus tersebut.

“Saya memahami, ramai pihak akan sensitif terhadap isu ini lebih-lebih lagi apabila ia mengaitkan hak-hak Sabah yang perlu ditunaikan oleh Kerajaan Persekutuan.

“Akan tetapi, apabila bercakap di luar konteks, dipengaruhi emosi dan ditambah terhasut dengan dakyah pihak tertentu yang membina naratif negatif kepada kerajaan, sikap berkenaan dilihat agak kurang bersesuaian dengan budaya kita.

“Kami juga berharap, dengan adanya kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Ketua Menteri hari ini dapat merungkai persoalan dan paling penting menutup mulut pengkritik yang hanya berpendirian mahu rakyat marah terhadap kerajaan,” katanya.

Mengulas lanjut, Najib Tay berkata senario berkenaan adalah amat berbeza dengan keadaan di negeri jiran, yakni Sarawak di mana mereka akan berganding bahu melakukan apa-apa tuntutan terhadap isu berbangkit seperti isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Di negeri jiran yang kita sayangi, mereka tidak kiralah dari blok kerajaan ataupun pembangkang, mereka akan sentiasa berganding bahu berdepan dengan tuntutan-tuntutan hak kepada Pihak Persekutuan.

“Apa yang menyedihkan saya, kita di Sabah, jika berlakunya senario-senario sebegini hal tuntutan ini akan ditunggang oleh pihak tertentu khasnya pembangkang demi menjatuhkan kerajaan, “katanya.

Terdahulu, Hajiji dalam kenyataan rasminya mendedahkan pihaknya tidak akan melepaskan hak asasi perlembagaan Negeri Sabah berhubung dengan 40 peratus Bersih Pemberian khas hasil di bawah Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.

Jelas beliau, fakta ini diperkukuh oleh Perdana Menteri Malaysia dalam ucapan belanjawan 2023 ketika beliau mengiktiraf dan mengesahkan bahawa Kerajaan Persekutuan komited untuk menambah baik kadar pemberian khas berbanding yang telah dipersetujui sebelum ini dan akan mempercepatkan rundingan untuk mencari penyelesaian.

Isu kritikal ini kini berada di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Teknikal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri.

“Kami akan terus mempertahankan hak perlembagaan Negeri Sabah berhubung d dengan formula perkongsian hasil sedia ada dan ini mesti dihormati oleh Kerajaan Persekutuan. Ini termasuk tuntutan Negara untuk “tahun-tahun yang hilang” di mana terdapatnya tiada semakan dijalankan dari tahun 1974 sehingga baru-baru ini, “kata Hajiji.

Ketua Menteri dalam masa yang sama berkata, pihaknya menghormati hak Persatuan Undang-undang Sabah (SLS) untuk memulakan prosiding undang-undang mengenai perkara ini.

“Kami mengiktiraf peranan penting itu litigasi kepentingan awam dalam menggalakkan kedaulatan undang-undang ke arah yang adil dan saksama pentadbiran keadilan.

“Kerajaan Negeri melihat inisiatif oleh SLS dalam cahaya positif yang tidak berpihak dan tidak berpolitik dalam kemajuan bersama pengaturan perlembagaan apabila Sabahh membentuk Malaysia pada 1963, “katanya.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|