Ugutan jenayah, lelaki ditahan polis

Ugutan jenayah, lelaki ditahan polis

TAWAU: Akibat daripada tidak puas hati di tempat kerja, seorang lelaki bertindak mengugut rakan sekerjanya dengan senjata telah ditahan pihak polis bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata kejadian berlaku di sekitar Tawau dimana mangsa yang telah diancam berulang kali oleh suspek sebelum ini dan akhirnya telah pergi ke Balai Polis berhampiran bagi membuat laporan.

“Sepasukan polis dari Balai Polis Bombalai telah dikerahkan untuk mengesan dan menahan suspek bagi membantu siasatan,”katanya.

Menurutnya hasil serbuan di rumah tidak bernombor, seorang lelaki yang dikenalpasti sebagai suspek telah ditangkap dan barang rampasan iaitu sebilah parang dan tukul besi telah dibawa balik ke IPD Tawau untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat dibawah Sekyen 506 Kanun Keseksaan.

Jasmin menasihatkan orang ramai agar tidak bertindak mengikut emosi dan berpada dengan tindakan kerana setiap jenayah akan membawa padah.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|