Mustapha ganti Sangkar terajui PKR Sabah, akhiri krisis kepimpinan negeri

Mustapha ganti Sangkar terajui PKR Sabah, akhiri krisis kepimpinan negeri

KOTA KINABALU: Ketua Cabang Kota Belud, Datuk Mustapha Sakmud hari ini dilantik sebagai Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) menggantikan Datuk Sangkar Rasam sekaligus menamatkan krisis kepimpinan di negeri itu.

Keputusan itu dibuat pada mesyuarat MPP yang berlangsung.

Menurut sumber keputusan tersebut dibuat selepas Presiden Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendengar pandangan Ketua-Ketua Cabang Keadilan Sabah.

Sebelum ini krisis kepimpinan Keadilan melanda Sabah dan kemuncaknya pada mesyuarat Keadilan Negeri terakhir bila Ketua Cabang Tuaran, Razeef Rakimin meminta Sangkar berundur secara terhormat.

Keengganan Sangkar untuk berundur menyebabkan 15 daripada 25 Ketua Cabang Sabah bertindak meninggalkan mesyuarat.

Razeef yang merupakan jurucakap Sekretariat Majlis Ketua-Ketua Cabang Sabah telah memberikan hujah dalam pertemuan dengan Presiden Keadilan.

Menurut sumber, Keadilan Sabah akan mengumumkan rombakan kepimpinan dalam masa terdekat.

“Insya Allah rombakan akan dibuat dalam masa terdekat serta perbincangan hala tuju akan segera dilaksana memandangkan Sabah sudah hampir kepada Pilihanraya Negeri”.

“Kita juga mengucapkan terima kasih kepada Datuk Sangkar atas hasa dan pengorbanan sepanjang memegang jawatan Pengerusi Keadilan Sabah”.

Sekretariat itu terdiri daripada Ketua Cabang Tuaran bersama Kota Belud, Kota Marudu, Sepanggar, Kota Kinabalu, Putatan, Papar, Beaufort, Kimanis, Sipitang, Pensiangan, Beluran, Batu Sapi, Kinabatangan, Semporna dan Kalabakan.

(Gambar kredit FB rasmi PKR Sabah)

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|