Tragedi Lembah Maksina, polis sahkan peserta ‘river trekking’ tiada kelulusan

Tragedi Lembah Maksina, polis sahkan peserta ‘river trekking’ tiada kelulusan

LAHAD DATU: Polis mengesahkan 15 orang peserta River trekking dalam tragedi Lembah Mak Sina di Lahad Datu tidak mendapat kebenaran atau kelulusan daripada pihak Jabatan Perhutanan.

Tragedi itu telah mengorbankan tiga orang mangsa terdiri daripada seorang guide dan dua lagi adalah peserta.

Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Dzulbaharin Ismail, aktiviti seperti ini perlu mendapat kebenaran kerana ia dibuat di kawasan hutan simpan.

“Kawasan ni laluan ya bahaya dan mencabar fizikal mental peserta dikatakan perlu sentiasa pakai jaket keselamatan kerana peserta perlu berjalan dan berenang di laluan tersebut,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media dalan satu sidang media petang Isnin.

Mangsa yang terkorban dikenali sebagai Saleh bin Latani, Rosnaned Mutahir dan Saharuddin Badaruddin kesemua mayat di bawa ke unit forensik Hospital Lahad Datu untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|