Tiga gerai dihempap pokok

Tiga gerai dihempap pokok

SEMPORNA: Tiga unit gerai rosak dihempap pokok tumbang di Taman Sempaul Kedai Baktiar pada jam 7.58 pagi tadi.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri ketiga-tiga gerai tersebut berkeluasan 10×10 setiap satu.

Seramai tujuh orang anggota Bomba dan Penyelamat Semporna diketuai PBK II Badri Alkap telah ke lokasi kejadian dibantu oleh Angkatan Pertahanan Malaysia.

Pasukan Bomba bertindak memotong dahan pokok menggunakan gergaji berantai dan seterusnya dialihkan. Setelah memastikan tiada keberbahayaan lain operasi ditamatkan pada jam 9:24 pagi.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian ini.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|