MOSTI akan bangun teknologi kepada golongan usahawan kecil dan nelayan di Lahad Datu

MOSTI akan bangun teknologi kepada golongan usahawan kecil dan nelayan di Lahad Datu

LAHAD DATU: Kemajuan pesat dalam bidang teknologi dan terkini kecerdasan buatan (AI) dilihat mampu menberi impak kepada rakyat termasuklah usahawan kecil dan nelayan.

Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Mohd Yusof Apdal berkata pihaknya dalam proses melihat peluang dan ruang untuk membangun sekaligus memperkenal teknologi terbaru yang akan membawa kesan positif kepada sosio-ekonomi rakyat di kawasan itu.

“Saya menyarankan supaya dimanfaatkan kementerian saya ini dari segi penambahbaikan lagi baik dari segi pertanian ke, perladangan ke, perikanan ke yang mana tentunya kita kena ada cara-cara yang lebih menarik yang mungkin lebih banyak peluang untuk menambah baik dari segi pengeluaran kita ke atau penangkapan ikan melalui teknologi yang kementerian ini saya yakin ada kaedah yang saya akan perkenalkan insya-Allah pada persatuan nelayan didalam masa yang terdekat,”

“Demikian juga dengan usahawan-usahawan yang kita akan galakkkan mereka menggunakan apps-apps baru ini yang ada hubungan dengan AI yang mana juga kementerian saya merupakan kementerian diberikan perananan utama dalam menjayakan matlamat di negara kita supaya kita lebih dapat mengantantarabangsakan negara kita dan juga perusahaan tempatan kita ini supaya produk mereka tidak hanya bertaraf kampung sahaja.

“Beliau yang juga Ahli Parlimen Lahad Datu berkata demikian semasa Majlis Ramah Mesra Aidilfitri semalam di Dewan SMC Lahad Datu yang dihadiri lebih 1,000 orang.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|