Mangsa kebakaran Kg Gas akan diberikan bantuan rumah

Mangsa kebakaran Kg Gas akan diberikan bantuan rumah

SANDAKAN: Mangsa-mangsa kebakaran di Kampung Gas, Batu Sapi yang masih dibelenggu kesedihan sehingga ke hari ini belum lagi mendapat rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) sebagaimana dijanjikan akan diselesaikan dengan memberikan rumah berkenaan kepada mereka terlibat selewat-lewatnya tahun ini.

Ahli Parlimen Batu Sapi yang juga Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya yang juga selaku Ahli Parlimen Batu Sapi, Khairul Firdaus Akbar Khan memberitahu beliau sudah dimaklumkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bahawa pembinaan rumah PPRT kini di peringkat penilaian untuk menganugerahkan tender kepada syarikat bagi melaksanakan pembinaannya nanti.

“Bukannya ia sengaja dilewatkan to be fair to government memang ada peruntukan telah disediakan cuma ada kesilapan sikit dari sudut peruntukan jumlah peruntukan tapi nampak gaya hujungnya itu memang ada satu penyelesaian dan saya harap, Insyaallah pada tahun ini juga hampir 106 buah tidak silap saya rumah PPRT di Kampung Gas disebabkan oleh kebakaran akan diberikan kepada mangsa-mangsa yang terlibat”

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita semasa sidang media ketika ditemui dalam Program MOTAC Bersama Komuniti @ Batu Sapi di Padang PPR, Taman Batu Sapi semalam.

Mengulas lanjut, Khairul memberitahu kelewatan ke atas pembinaan rumah PPRT itu disebabkan peruntukan yang disediakan tidak bersesuaian dengan keadaan semasa memaksa projek berkenaan sering tertunda.

Beliau berharap agar mangsa kebakaran dapat bersabar kerana pembinaan rumah PPRT yang dijanjikan kepada mereka sebelum ini akan menjadi kenyataan.Untuk rekod, seramai 118 buah keluarga terlibat dalam kebakaran di Kampung Gas pada tahun 2018 yang telah memusnahkan lebih kurang 100 buah rumah.

Dalam pada itu,beliau menyatakan peruntukan untuk mencantikkan Batu Sapi sebagai sebuah kawasan pelancongan seperti mana yang diumumkan Kementeriannya tidak lama dulu akan disalurkan kepada pihak NGO bagi kerja-kerja pelaksanaannya.

“Pelancongan yang berkaitan dengan pembersihan atau pun kempen supaya Batu Sapi itu dapat dicantikkan .. kita akan salurkan melalui NGO dan NGO akan bekerjasama dengan Pejabat Parlimen dan program ini akan diadakan pada masa terdekat“Motac Bersama Komuniti @ Batu Sapi turut dimeriahkan oleh persembahan nyanyian dari artis-artis jemputan antaranya seperti Den Bisa, Piza dan penyanyi-penyanyi tempatan serta kumpulan D’ Atomic Power.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|