PN, Bersatu sah bertanding dalam PRN Sabah

PN, Bersatu sah bertanding dalam PRN Sabah

KOTA KINABALU: Perikatan Nasional (PN), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bersedia sertai perebutan kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.

Jelas Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, meskipun belum memutuskan jumlah kerusi yang bakal ditandingi pihaknya, beliau bagaimanapun mengesahkan penyertaan berkenaan.

Beliau yang juga Presiden BERSATU pada masa sama turut mendedahkan kesemua intipatinya akan dimaklumkan sebelum menjelang pilihan raya negeri nanti.

“Semalam pun kita ada sesi tertutup, saya tidak perlu ceritakan, Ketua-Ketua Bahagian, Armada dan Srikandi hadir jadi pastinya topik utama menghadapi pilihan raya Sabah.

“Tentang PRN bila, kita tidak tahu lagi jadi saya tidak akan beri secara terperinci sekarang jumlah kerusi itu terlalu awal kita tetapkan tapi yang pasti bila PRN Sabah akan datang, Bersatu Sabah, PN sabah akan menyertai pilihan raya, ” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Konvensyen Bersatu Sabah di Kota Kinabalu, pada Ahad. Hadir sama adalah Ketua Bersatu Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee.

Mengulas mengenai kesediaan PN dan Bersatu di Sabah, Muhyiddin berkata, pihaknya percaya muka-muka baharu termasuklah Ketua-Ketua Bahagian serta barisan pimpinan lain amat berpotensi ditampilkan pada PRN Sabah akan datang.

Jelas beliau lagi, perjuangan Bersatu di negeri ini tidak akan bernoktah meskipun menerima ‘sejarah hitam’ di Sabah dengan pihaknya turut bersedia mara ke hadapan bagi mendepani rakyat jelata.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|