Seorang sesak nafas kebakaran empat rumah di Kampung Sentosa

Seorang sesak nafas kebakaran empat rumah di Kampung Sentosa

TAWAU: Empat buah rumah musnah terbakar termasuk sebuah kereta pacuan empat roda di Kampung Sentosa pagi tadi.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah, pihak bomba menerima panggilan kecemasan jam 9.05 pagi dan operasi tamat 12.31 tengah hari.

Seramai 34 anggota bomba dari BBP Tawau terlibat dalam operasi pemadaman api dibantu oleh pasukan Bomba Komuniti Kampung Titingan, agensi Angkatan Pertahanan Awam, Polis dan SESB.

Difahamkan terdapat satu mangsa lelaki berusia 51 tahun mengalami sesak nafas telah diberikan rawatan kecemasan oleh anggota perubatan EMRS dan berada dalam keadaan stabil.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan,punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|