Seorang maut dalam kemalangan di Jalan Tenom-Kemabong

Seorang maut dalam kemalangan di Jalan Tenom-Kemabong

TENOM: Seorang lelaki manakala dua lagi cedera selepas kenderaan dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori 10 tan dalam kejadian di Batu 8 Kampung Sapong, Jalan Tenom-Kemabong, hari ini.

Dalam kejadian itu, mangsa berusia 66 tahun dilaporkan meninggal dunia di lokasi insiden sementara dua lagi yang cedera telah dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan kecemasan.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah, pihaknya menerima panggilan pada jam 11.46 pagi sebelum sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi bagi operasi menyelamat.

Laporan awal kemalangan ini melibatkan sebuah lori 10 tan membawa muatan telah bertembung dengan sebuah kenderaan jenis Perodua Kembara.

“Terdapat tiga orang mangsa terlibat, terdiri daripada dua orang mangsa di dalam kenderaan Perodua Kembara, seorang lelaki berjaya dikeluarkan oleh Pasukan Bomba dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Pegawai Perubatan KKM.

“Seterusnya seorang mangsa wanita mengalami kecederaan parah telah dihantar ke Hospital Tenom menggunakan ambulans, manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mangsa yang meninggal dunia telah diserahkan kepada Pihak Polis untuk tindakan selanjutnya, ” katanya.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|