Ramon, Saddil masih cedera, mungkin tidak beraksi esok: Kim Swee

Ramon, Saddil masih cedera, mungkin tidak beraksi esok: Kim Swee

KOTA KINABALU: Langkah awal Sabah FC membuka tirai kemenangan aksi pertama Liga Super menentang Penang Fc di halaman sendiri esok sedikit sumbang berikutan kecederaan dua tongak Ramon Machado dan Saddil Ramdani.

Pengendalinya, Datuk Ong Kim Swee berkata kedua-dua mereka masih belum pulih sepenuhnya akibat kecederaan selepas perlawanan persahabatan pramusim Piala Sabah Maju Jaya (SMJ) 2024 baru-baru ini.

“Kita tidak akan mengambil risiko berikutan perjalanan Liga Super baru bermula dan dalam masa sama Sabah FC sedang mencorak taktikal lain untuk mengisi kekosongan sekiranya kedua-dua mereka tidak dapat diturunkan petang esok.

“Selain itu, S.Kumaahran juga berada dalam senarai kecederaan manakala Damien Lim sudah pasti terkeluar tidak dapat beraksi kemungkinan selama enam hingga ke lapan minggu.

“Kita akan lihat perkembangannya, Damien Lim memerlukan masa untuk mendapatkan semula tahap kecergasannya,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Ketika mengulas mengenai persiapan Sabah FC menentang Penang FC, Kim Swee berkata ini bukan satu perlawanan mudah memandangkan Penang FC mempunyai jurulatih yang baharu serta beberapa pemain yang sangat berkualiti.

“Penang FC juga bersiap sedia dengan banyak menghadapi perlawanan persahabatan pramusim termasuk tiba dua hari lebih awal ke Kota Kinabalu.

“Ini menunjukkan Penang FC sangat serius dalam menghadapi saingan musim 2024/25. Sabah FC juga sudah bersiap sedia sepenuhnya dalam mengharungi kempen Liga Super ini selepas menjadi juara dalam Piala SMJ lalu,” jelas Kim Swee.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|