Sandakan: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Papat merangkap Pengerusi Sabah Development Berhad (SDB), Datuk Frankie Poon Ming Fung telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pegawai Penyelaras Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ), Datuk Rosmadi Datu Sulai, dan rombongannya.
Pertemuan tersebut diadakan untuk membincangkan beberapa perkara penting, termasuk isu miskin tegar di kawasan Tanjong Papat, isu perumahan di bawah inisiatif SMJ, perancangan Blue Economy, dan hal lain-lain.
“Perbincangan yang diadakan adalah sangat berhasil dan produktif,”ujar Frankie.
Beliau merakamkan penghargaan tinggi kepada sekretariat SMJ atas perkongsian maklumat dan input yang sangat berguna.
Beliau menegaskan bahawa maklumat tersebut adalah penting bagi memudahkan urusan untuk membantu rakyat dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.
“Saya amat menghargai usaha Sekretariat Sabah Maju Jaya dalam menyediakan data dan maklumat yang komprehensif. Ini membantu kami dalam merancang dan melaksanakan inisiatif yang bertujuan untuk mengurangkan kemiskinan tegar, memperbaiki keadaan perumahan, dan memajukan ekonomi dan kehidupan rakyat di kawasan Tanjong Papat,” katanya.
Turut hadir dalam pertemuan tersebut adalah Ketua Pegawai Operasi SSMJ, Ramlee Kariah, Pengarah SSMJ, Rosnih Binti Othman, Penolong Pengarah Izwan Izzudin, Oreynie Arlina Yeop, Mohd Shafiq, Pengurus Besar Trade and Investment Unit SDB Liau Fui Fui, Pengurus Kanan Ku Nyet Fan, dan PPM Tanjong Papat, Max Million Lee Yun Vui.
Deasoka