Pimpinan Peladang Sabah tolak khidmat Pengarah LPP negeri

Pimpinan Peladang Sabah tolak khidmat Pengarah LPP negeri

KOTA KINABALU: Pimpinan Peladang Negeri Sabah dari peringkat kawasan hingga ke negeri, sepakat dan sebulat suara menolak perkhidmatan Pengarah LPP Sabah yang ada pada masa ini.

Dalam satu kenyataan media pertubuhan tersebut hari ini, pihak berkenaan melalui Pengerusi-Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), telah mengemukakan petisyen rasmi dan mahu Pengarah LPP Sabah ditukar dengan kadar segera.

Jelas kenyataan terbabit, petisyen rasmi itu telah ditandatangani oleh 90 peratus Pengerusi PPK di negeri Sabah iaitu seramai hampir 27 Pengerusi PPK sepakat dan sebulat suara menolak perkhidmatan Pengarah LPP Sabah yang ada sekarang iaitu Hardiyani Ahmad, supaya ditukarkan dengan pegawai lain yang lebih kompeten dan dipercayai perkhidmatannya di Sabah.

“Berhubung perkara ini, selaras dengan permohonan dan permintaan Pengerusi-Pengerusi PPK, Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Sabah juga telah mengutus surat kepada Ketua Pengarah LPP, menggesa agar Pengarah LPP Sabah sedia ada dapat ditukar dan diganti dengan pengarah baharu dengan kadar segera demi untuk menjamin keharmonian Pertubuhan Peladang di Negeri Sabah keseluruhannya.

“Melalui Surat tersebut, AJP PPN Sabah telah dengan jelas menyatakan bahawa permohonan ini adalah atas sebab yang Ketua Pengarah LPP dan kedua-dua Timbalan Ketua Pengarah LPP lebih mengetahui sebabnya.

“Surat PPN Sabah telah ditandatangani oleh semua Ahli Jemaah Pengarah (AJP),” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, PPN Sabah mendapati bahawa permintaan dan permohonan oleh PPN dan PPK seluruh Sabah melalui beberapa surat rasmi yang dikemukakan kepada Ketua Pengarah LPP, tidak mendapat perhatian serius.

“Ini memandangkan beliau (Ketua Pengarah LPP) tetap mengekalkan Pengarah LPP Sabah, Hardiyani Ahmad tanpa mengambil kira aduan awam yang telah dibuat.

“Ketua Pengarah LPP mengekalkan Pengarah LPP Sabah sekarang hanya dengan memberi alasan bahawa waran perjawatan sebagai satu faktor utama mengapa pertukaran tidak boleh dibuat, sekaligus menolak permintaan ahli-ahli dan pemimpin peladang negeri ini, sedangkan umum mengetahui bahawa pertukaran itu adalah tidak mengubah atau merubah waran perjawatan jika pegawai yang ditempatkan menggantikan Hardiyani Ahmad adalah dalam gred jawatan yang sama,” katanya.

Jelas kenyataan berkenaan,Ahli dan pemimpin peladang seluruh Sabah selaku pemegang taruh kepada LPP melalui PP, berharap pelbagai pihak yang terlibat seperti Jabatan Perkhidmatan Awam mengambil perhatian yang serius terhadap aduan rasmi yang telah dibuat untuk menukar pegawai ini (Pengarah LPP Sabah).

“Sehubungan dengan itu, ahli dan Pemimpin Peladang di Sabah akan mendedahkan setiap keputusan dan tindakan oleh Hardiyani selaku Pengarah LPP Sabah yang telah merugikan Pertubuhan Peladang dan Kerajaan Madani serta menyebabkan keadaan tidak harmoni antara ahlli-ahli Peladang dan LPP di Sabah.

“Ini adalah diantara sebab kenapa pegawai itu perlu ditukar, memandangkan setiap permohonan yang dibuat mempunyai asas yang kukuh untuk keharmomian dan kecemerlangan pergerakan peladang di Negeri Sabah, ” katanya.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|