Kerajaan fokus perkasa tatakelola, serius demi PELADANG

Kerajaan fokus perkasa tatakelola, serius demi PELADANG

KOTA KINABALU: Kerajaan Perpaduan sentiasa memandang serius dalam memperkasakan tatakelola yang baik terutamanya kepada penjawat awam dan badan awam.

Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Beaufort, Hashim Diris berkata, ini dapat dilihat dengan jelas berdasarkan tindakan kerajaan terhadap salahlaku individu-individu berprofil tinggi melibatkan kes-kes terdahulu yang telah merugikan harta awam secara tidak langsung.

Katanya, kes-kes yang telah berlalu berpuluh tahun melibatkan bekas menteri umpamanya turut disiasat dan didakwa oleh kerajaan pada hari ini.

“Maknanya akan ada banyak lagi pembaharuan, penambah baikan dan pembetulan yang akan dibuat oleh kerajaan sekarang demi tatakelola yang lebih baik demi kepentingan rakyat dan negara.

“Dalam Pergerakan Pertubuhan Peladang pula, apa yang timbul hari ini dan menjadi persoalan adalah berkaitan dana ahli-ahli peladang melibatkan pelaburan berjuta ringgit di dalam Permodalan Peladang Berhad (PPB)”.

“Dilaporkan berjuta duit yang dikumpulkan dari Pergerakan Pertubuhan Peladang pelbagai peringkat telah dilaburkan dalam menggerakan PPB, tetapi akhirnya PPB ini mengalami kerugian dan masih tiada sesiapa bertanggungjawab atas isu ini “, katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mendakwa, dua individu penting dari Lembaga Pertubuhan Peladang LPP dikenalpasti pernah memikul tugas menguruskan perjalanan operasi dan pelaburan di PPB ini.

Katanya, seorang daripadanya telah bersara dan seorang lagi masih berkhidmat dalam perkhidmatannya.”Jika pihak kerajaan boleh mengambil tindakan terhadap bekas menteri dan ketua jabatan kerajaan, sudah tentu kes melibatkan PPB ini juga mampu disemak oleh kerajaanl” tegasnya.

Hashim yang juga Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara Negeri Sabah berkata pegawai LPP yang memikul amanah tersebut di PPB haruslah bertanggungjawab untuk memperbaikinya kerana ianya melibatkan kepentingan Pertubuhan Peladang keselurhannya.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|