PCS sertai GRS

PCS sertai GRS

KOTA KINABALU: Parti Cinta Sabah (PCS) telah membuat permohonan secara rasmi untuk menyertai sebagai komponen baru dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Setiausaha Agung GRS Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, kesemua presiden parti secara sebulat suara menerima PCS menjadi komponen GRS.

“Penyertaan PCS, sebuah parti lokal merupakan satu langkah penting dalam mengukuhkan lagi kesatuan dan perpaduan politik di Sabah.

“Kami percaya bahawa dengan kerjasama yang lebih erat, kita dapat mencapai matlamat bersama untuk membangunkan negeri Sabah ke arah yang lebih makmur dan sejahtera,” katanya menerusi kenyataan,hari ini.

Masidi berkata, selari dengan prinsip Sabah First, GRS kini semakin kukuh dan bersedia untuk menghadapi sebarang cabaran demi memastikan kesejahteraan dan kemakmuran Sabah tercapai.

“Kami berharap agar rakyat Sabah memberikan sokongan padu kepada GRS dalam usaha kita untuk membina masa depan yang lebih cerah dan sejahtera untuk semua,” tambah beliau.

Sementara itu, Anifah dalam satu kenyataannya berkata pihaknya amat berbesar hati atas pengumuman itu

“Bagi pihak pemimpin dan penyokong parti kami, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengerusi GRS merangkap Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan semua pemimpin gabungan kerana menerima PCS ke dalam keluarga GRS.

“Bak kata pepatah, keluarga yang makan bersama, sentiasa tetap bersama.

“Di atas meja bersama ini, PCS berkongsi visi dan misi yang sama dengan GRS demi Sabah dan rakyat negeri ini,” katanya.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|