Kilang musnah terbakar

Kilang musnah terbakar

SANDAKAN: Sebuah kilang pemprosesan fiber glass di Batu 8, Jalan Labuk, termasuk 10 buah bot laju, dekat sini musnah dijilat api dalam satu kejadian kebakaran pada Rabu.

Turut musnah terbakar seratus peratus adalah 10 buah bot laju dalam kebakaran yang berlaku pagi itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Severinus Sainkui memberitahu operasi pemadaman dijalankan menggunakan tiga aliran 200 kaki enam pancutan sumber air dari water tanker serta 10 tong Foam.

Beliau berkata, seramai 27 anggota bomba berserta sebuah jentera FRT, EMRS, Tanker, Vigo, FRV dan Lori dikejarkan ke lokasi kebakaran sejurus menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 10.20 pagi.

Operasi pemadaman turut dibantu pihak Polis, APM dan SESB, kata Severinus sambil menambah bahawa jarak ke tempat kejadian 8 kilometer dan kebakaran dapat dikawal jam 11.25 dan tamat sepenuhnya pada jam 3.30 petang.

Tiada kemalangan jiwa manakala punca serta kerugian masih dalam siasatan.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|