KOTA KINABALU: Kerajaan percaya pelaksanaan Pembangunan Teknologi Penukaran Tenaga Haba Lautan (OTEC) bakal menyumbang kepada penjanaan industri baharu di Sabah.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, proses berkenaan yang sedang melalui proses kajian kebolehlaksanaan itu mensasarkan penghasilan hidrogen hijau, air mineral premium, dan air industri sebagai suatu industri baharu.
Jelasnya, ia juga dijangka mampu meningkatkan pendapatan dan peluang pekerjaan di negeri ini.
“Fokus utama teknologi OTEC ini diperkenalkan adalah penghasilan produkbernilai tinggi seperti hidrogen hijau, air mineral premium dan air industri sebagai suatu industri baharu untuk meningkatkan pendapatan dan mencipta peluang pekerjaan.
“Ini juga selaras dengan inisiatif Ekonomi BiruKerajaan Negeri Sabah yang bertujuan untuk memanfaatkan sumbermaritim dan perairan dengan lestari serta berdaya tahan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab Soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Dilantik, Datuk Seri Yong Teck Lee berkenaan perkembangan pembangunan OTEC di Sabah, dalam persidangan DUN ke-16 bagi penggal kelima pada hari ini.
Deasoka