Kajian Projek Trans-Borneo Railway dalam proses pelaksana: Shahelmey

Kajian Projek Trans-Borneo Railway dalam proses pelaksana: Shahelmey

KOTA KINABALU: Kajian Kebolehlaksanaan Projek Trans-Borneo Railway dengan kos keseluruhan RM7 juta telah diluluskan untuk dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKE-12).
 
Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, projek tersebut dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan.
 
Katanya Di Dewan Rakyat, proses penilaian juruperunding, penubuhan jawatankuasa PEMANDU, serta jawatankuasa teknikal telah selesai pada Oktober 2024 dan proses penyediaan Surat Setuju Terima (SST) sedang dijalankan.
 
”Kajian kebolehlaksanaan projek Trans-Borneo Railway diluluskan untuk
Dilaksanakan dalam RMKe-12 dengan kos keseluruhan berjumlah RM7 juta.
“Projek ini dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan. Pada masa ini, proses penilaian Juruperunding, serta penubuhan Jawatankuasa Pemandu dan Jawatankuasa Teknikal telahpun selesai pada bulan Oktober 2024.
“Kementerian saya dimaklumkan bahawa proses penyediaan Surat Stuju Terima (SST) sedang dilaksanakan. Projek kajian dijangka akan dimulakan selewat-lewatya pada bulan Disember 2024 dan dijangka siap pada penghujung tahun 2025 (iaitu selama 12 bulan),” katanya.
 
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik, Datuk Seri Yong Teck Lee berhubung perkembangan cadangan rangkaian landasan keretapi di Sabah pada persidangan DUN ke-16 bagi penggal kelima pada hari ini.


Dalam pada itu,ADUN Tanjung Keramat itu berkata, Kerajaan Negeri Sabah turut mengumumkan pelaksanaan kajian khas berkaitan pemanjangan landasan kereta api dari Putatan Ke KKIP dan seterusnya ke Pelabuhan Sepanggar.
 
Kajian ini meliputi aspek kemungkinan dan reka bentuk awal dengan anggaran kos sebanyak RM1.75 juta.
 
“Untuk makluman Dewan yang mulia ini,
Kerajaan Negeri juta turut akan melaksanakan satu kajian khusu iaitu kajian kemungkinan dan rekabentuk awalan pemanjanagna landasan keretapi dari Putatan ke KKIP dan seterusnya ke Pelabuhan Sepanggar dengan anggaran kos kajian sebanyak RM1.75 juta.


“Kajian ini dijangka akan bermula selewat-lewatnya pada bulan Mac 2025.


“Kesemua kajian ini sama ada oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri merupakan perancangan jangka panjang untuk membangun, memoden, dan meluaskan rangkaian sistem keretapi di Sabah,” katanya.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|