Naik taraf 401 klinik daif

Naik taraf 401 klinik daif

KOTA KINABALU: Sebanyak 401 klinik daif di seluruh negara sedang dikenalpasti untuk dinaiktaraf.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad berkata, proses pembaikan fasiliti-fasiliti berkenaan akan memakan kos sehingga RM150 juta.

Jelasnya, untuk setakat ini, enam projek telah siap dilaksana manakala 208 lagi masih dalam fasa pelaksanaan.

“Untuk tahun 2023 semuanya maklum kita tengok 524 projek dahulu 521 siap dgn tiga dijangka siap dlm waktu terdekat.

“Maknanya 2023 itu masih ada baki yang dibawa ke 2024 dengan sejumlahnya adalah tiga tidak siap. “Bagi tahun 2024 kita  peruntukkan RM150 juta, untuk seluruh negara klinik-klinik daif ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyempurnakan Sambutan Hari Malaria, Tibi dan Kita Sedunia Peringkat Kebangsaan 2024 di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada Ahad.

Mengulas lanjut, Dzulkefly berkata, tiga daripada 58 klinik daif telah siap dinaiktaraf dan masih berbaki 25 untuk disiapkan pada tahun ini.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|